Saturday, June 21, 2014

Titi Hayun Yan Kedah : Part 1



Assalamualaikum, Hello Semua :-)

Hihi, lamanya tak on blog nie and tak upadate langsung apa2 kat blog nie kan. Ishh2 teruk betul la tuan blog nie. Maaf semuanya, sebab jadual hidup sekarang nie makin sibuk cewaaahhh macam, la ada orang baca blog kau nie jijie oiii..hehe..argghh tak kisah la janji blog nie berupdate jugak dari biarkan sawang penuh kat dalam blog nie hihi.

Dah2, taknak bebel banyak2, hari nie kite nak cita pasal trip holiday aku yihuuu...i know ok, i know dari dulu sampai la sekarang asyik dok menabur janji2 manis ja nak update apa2 cerita kat blog nie tapi hampeh huhu, biasa la manusia kan selalu tak pegang pada janji *aku ke tu* tapi sampai sekarang habuk pun takdak. 

Ok, memandangkan aku tengah free sikit sekarang nie, ada baiknya aku mengabdikan segala memori aku yang indah tu dalam blog nie. Aku nie selalu rasa yang segala memori, akan aku ingat sampai bila2, tapi sebenarnya takdok pun..hihi. Bila lama2 nanti aku lupa jugak hihi. Tak boleh nak harap apa pun, kalo aku nie kira nak ingat semua kenangan memang failed la hehe, indah khabar dari rupa. Bila ada orang tanya pernah pergi tak tempat nie mesti aku akan buat muka *ting tong*, padahal tengah perah otak dok ingat balik hihi..teruk sungguh.

Masa aku nak tulis entry nie pun, aku tengah dok mengagau pikir apa aktiviti aku buat kat titi hayun, pergi pukul berapa..hehe lemah betul memori. ish ish.

Cakap pasal Titi Hayun nie, ramai jugak member tanya kenapa yang nak sangat pergi Titi hayun? kenapa tak pergi holiday jauh2 sikit macam pangkor ke sabah atau tempat2 yang lagi best la. Hihi, punca dan sebab utama aku nak pergi Titi hayun nie sebab dekat dengan area rumah aku, bajet tak banyak haha penting tu, dan ada lagi yang paling penting sebab nya aku tak pernah lagi pergi Titi Hayun hahaha walaupun dekat sangat dengan rumah sewa aku. haha teruk kan.

So, kitaorang decide untuk school holiday yang 2 weeks nanti boleh pergi Titi Hayun and camping kat sana sambil boleh mandi air terjun puas2. Sebagai parents nie kena la buat bajet, persiapan semua la nak pergi sana agak2 bila school break nanti dah boleh terus gerak takut nanti tapak nak camping tu penuh plak kang tak pasal2 kena cancel semua plan. Haha.

Ok, langkah pertama mesti la kena beli khemah dulu kan, dah nama pun nak camping kalo xde khemah nak camping dengan apa. So, suami aku pun pergi beli khemah kat tesco je, nak dikatakan rezeki time beli khemah tu ada sale plak, Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. khemah tu boleh muat untuk 6 orang tidur. harga dia baru RM90.00. Murah kan???. 

Alhamdulillah, semua persiapan camping dah lengkap dan berangkat la kami keesokan harinya ke Titi Hayun. Perjalanan aku ke Titi Hayun nie ambil masa lebih kurang setengah jam jugak la dari rumah, kebetulan hari date camping kitaorang pilih tu hari jumaat, so kena bertolak after suami solat jumaat dulu la. Hihi.

Ok, masa sampai je kat Titi Hayun tu, hati aku nie dah berdebar2 dah dok pikir, ada lagi tak tapak khemah nie, sebab lewat kan takut full plak nanti, dah la dengan cuti sekolah tapi husband cakap tak pe kita pergi dulu kalo penuh nanti ambik bilik hehe. Sampai2 je kat Titi Hayun, tengok ramai sangat orang sampai parking penuh. Dengan bas pun banyak, motor pun belambak kot tepi2 jalan, kereta lagi la banyak sampai husband kena pusing 2 3 kali nak cari parking kosong. Alhamdulillah turn 3 kitaorang dapat parking, tu pun parking kecik je agak2 muat dengan keta kami je, hihi nasib bawak keta kecik. So, aku suggest kan kat korang kalo nak pergi tempat2 macam tu bawak keta kecik2 je, boleh selit2 je masa nak parking hihi.

Dah, dapat parking semua, kami bawak turun barang siap2. Tak pergi tengok lagi tapak khemah ada ke tak hehe, tapi barang dah siap bawak nie. Apa cite nie??? Sampai je tapak khemah, tiba2 pelik sekajap, hihi takde satu pun khemah hihi. Pelik tapi benar. Cakap dekat husband kat sini boleh ke khemah? ke diorang sewa kan tapak nie untuk sekolah or "U" buat camping kot.?? "Baru nak pikir yang dekat rumah tadi taknak pikir haha".  

Nasib la ada singboard kat situ ada No.tel D'Yan Challet, so Kitaorang cepat2 la call. takut jugak nie, masa nak call takut diorang tak izin khemah kat situ la. Haha, memang dah aku agak mula2 aku call cakap nak khemah kat situ reseption dia siap tanya lagi date nak khemah, berapa orang, and dari sekolah mana haha. "Ini bukan sekolah maaa ini sendiri maaa hihi". Kalau tak silap aku reseption tu nama dia En. Azmi kot hihi. Mula2 agak berat jugak la dia nak lepas kitaorang camping dekat situ Sebab selalunya diorang akan izin kan buat camping untuk budak2 sekolah je dan sewa satu tapak khemah dengan harga RM100 sekali dengan peralatan khemah. Hihi, apa lagi aku pujuk punya pujuk dengan En. Azmi tu, lepas bincang dengan dia elok2, lepas tolak tambah bahagi darab semua nya, lastly dia izinkan kan jugak kami camping dekat situ yahooooo..dengan syarat hanya satu khemah je..

Tanpa buang masa, lepas je off fon tu, kami terus pasang khemah and prepare barang nak camping la sebab takut nanti malam tak nampak plak. Kedabak kedebuk siap semua barang dah ready. Apa lagi masa yang ditunggu nak mandi air terjun hahaha. Air kat Titi hayun sejuk sangat2, best2 sangat. lepas mandi kitaorang makan nasi atas batu..perrrhh layan kot hihi.

Sebenarnya ini adalah entry pengenalan, banyak lagi cerita menarik yang berlaku masa camping tu. tak sabar nak kogsi dengan korang semua. haha tapi macam biasa la kena tu part 2 nanti ok, aku akan share lagi banyak moment dengan korang semua.

Excited tak korang ??? please kata ye, jangan bagi aku malu sorang :-*). Btw, jangan lupa tunggu sambungan entry nie ok. Sampai kita bersua lagi :-)

Thank you for reading this entry !!!

Bye korang, Assalamualaikum.






Saturday, January 18, 2014

Layan sunset


Assalamualaikum..

Hye, perasan tak sesuatu yang pelik, macam rajin je sekarang nie up date entry :-)

Sebenarnya, entry nie dah lama dah buat cuma dok peram je bagi dia betul masak, macam buah jugak la kalo lagi lama peram bila dah betul2 masak baru sedap nak ngap hehe...

Kali nie nak share sikit tempat yang best nak layan sunset hehe, layan sunset petang2 kat tepi pantai perrrhhh memang best la oiii sambil makan aiskrim hehe.. dengan keropok lekor nyam2 sedap sungguh aihh 

Weekend last week, jie dengan husband nie boring dok rumah so kitaorang plan nak g jalan2 tapi tak tahu nak g jalan mana, so husband punya planning la nie nak p tengok sunset, lepas kami solat asar siap semua baru la gerak g pantai murni hehe..agak2 dalam kul 5.30 macam tu la xde la lewat and ter awal sangat kan..

Semangat jugak la nak p tengok sunset hari tu harap2 orang xlah ramai sanagt kat pantai tu, memang dah plan dengan husband kalo g time tu orang pun tak ramai so, parking mesti ada haha..motif takut g lambat xde parking hehe.

Samapi2 je mak aiii terkejut eden orang, orang dah ramai sanagt time tu. Agak2 la diorang  nie datang kul wapa la..kalo time jie sampai tu dalam kul 5.45 diorang mesti lagi awal dari tu tapi kebetulan je kot sebab hari tu weekend sebab tu la kot orang ramai.


Sebab parking dah penuh sangat smpai kat tepi2 jalan pun orang parking hehe




Tengok la cantik sangat time nie sunset dah nak turun, bila sekali tengok betul2 rasa betapa hebatnya ciptaan allah begitu indah dan cantik sangat semua yang dicipta oleh nya Subhanallah...Allah maha kaya



Matahari yang hampir tengelam....


Muka excited sebab boleh tengok sunset hehe...

Ok la, tu je saja nak share kalo korang petang2 boring tak taw nak buat apa kat rumah tu boleh la p layan sunset kat panati murni sambil makan asikrim best jugak hehe...

Ok bye jaga diri,...tata..

Wednesday, December 4, 2013

Gunung Jerai......


Manusia nie susahkan..kalau gemuk sangat mesti nak diet la, xmau makan la,
Nak buat rawatan la....itu la ini la,,tak payah risau gemuk ke kurus ke janji badan kita sihat, kesihatan kita nie lagi penting. Kalau kita kurus pun tapi selalu sakit buat apa kan tak dak gunanya. Apa yang penting kita sihat, ceria selalu hehe...

Aku dah rasa mcama pakar kesihatan plak hehe..bukanya apa hari nie aku saja nak kongsi dengan korang tempat jogging yang paling best. Tapi tempat nie dekat area kedah kawasan gurun. Untuk orang kedah terutamanya orang yang tinggal dekat sangat dengan tempat nie..hehe jeng2..tempat apa? Kat mana? Rahsia nanti korang akan tahu dia akhir cita aku nie..hehe suprise !!!

Dulu mula2 aku nak start jogging nie mak aiii punya la liat, yela sapa yang suka jogging letih plak tu kan? Tapi aku gagahkan diri nie..wah!! hehe demi kesihatan aku nie..aku pun mula2 start petang lepas solat asar baru aku mula jogging. Mula aku start aku jogging dekat2 je..yela baru nak biasakan diri orang kata baru nak longgarkan badan hehe...longgar otot2 yang kejang 2 kan....kalo nanti dah lama2 baru la aku makin jauh jogging hehe

Aku start jogging dari rumah aku ke destinasi istimewa nie..jauh jugak la kebih kurang setengah jam baru sampai huhu jauh kan?? Tapi masa mula jogging aku tak lah jogging jauh pun hehe aku jogging dalam masa 10 minit ja hahaha..yela penat la rasa badan pun berat..ha!! sebabnya badan kita nie kalo tak pernah buat senaman
Memang akan rasa macam tu..

Kalo korang yang pernah pertama kali jogging kan mesti akan rasa apa yang aku rasakan...balik dari jogging sampai je rumah benda pertama yang aku cari air..haha
Air pun mesti air yang sejuk tak kira la air apa yang ada dalam peti ais haha air
Tu la yang aku langgah dulu...haha..selalu nya bila kita balik dari jogging kita kena jgk buat senaman ringan contohnya macam kita tarik nafas dalam2 biar kita dapat menyedut udara yang segar dan aman..hehe...relax dulu 5 ke 10 minit baru la kita minum air..air yang kita minum pun kena la air kosong yang suam...

Hari berganti hari minggu berganti bulan..aku tetap teruskan rutin harian ku nie..kadang2 petang kadang2 pagi..hehe rutin apa??jogging la hahahaha...
Masa aku jogging dulu mula2 dulu la..hehe cewah!! Mula2 nak panjat kaki gunung nie..aku ada jumpa dengan seorang uncle nie taw..dia cina umur dia dalam 50 an kot dari gaya dia la..tapi kalo tengok dia jogging gaya macam orang muda..punya la laju dia lari..aku yang muda 20 an nie pun tak larat nak lari macam dia...
uncle nie dia start jogging petang jugak..time dia pun lebih kurang sama dengan aku la..tapi bila start lari aku mesti ketinggalan hahahha...memang tabik spring la kat uncle nie..kalo korang tengok dia lari mesti takkan percaya punya dengan keadaan umur dia tu..tenaga dia memang lagi power dari orang muda, dah lah laju satu bab,,dia jogging memang jauh sampai  puncak gunung tu hahahahaaha...dahsyat kan???memang dahsyat pun...aku nie nak lepas dari kaki gunung pun dah mengah2 niekan nak sampai puncak memang tak la..haha eh tapi tak mustahil kalo aku teruskan hobi aku nie haha..nanti mesti boleh jadi macam uncle tu...insyallah..

Kalo korang nak tahu jogging dekat gunung jerai nie memang feeling dia lain..
Sebab apa..dia punya kawasan jogging tu berbeza..selalu kita tengok orang jogging kat jalan kan..maksud aku nie kat jalan yang rata..tapi kat gunung jerai nie...jalan dia berbukit hahaha..nama pun gunung kan..nak lepas dari kaki bukit pun dah 2KM...tu baru sikit..kalo  nak ke atas lagi emmmm..alamatnya berbatu batu la jauhn nya...hehe aku pun kurang pasti jugak jarak dia..tapi memang jauh la..ohhh!!!
Ada sekali tu aku terselisih dengan seorang awek india taw..badan dia agaklah gempal kalo mengikut firasat aku nie berat dia lebih kurang dalam 100 KG ke atas...
Hehe seram kan???? Tapi kalo nak dibandingkan semangat dia dengan aku nie..memang aku kalah..dia walaupun badan dia agak berisi tapi dia tetap akan jogging sampai la ke puncuk....tengok semangat dia kuat sangat...aku rasa dia jogging nie untuk  kesihatan dia..yaa maybe untuk di akurus jugak tapi the more important dia punya kesihatan...huhu....

Gunung jerai nie sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat, selain dari aktiviti riadah kita jugak boleh buatkan aktiviti nie untuk family kita...yela la cuba kita terapkan aktiviti macam nie dalam rutin harian family kita...mesti lagi best..plus sekorang nie kan school break..lagi la elok untuk parents bawak anak2 beriadah tak kira la petang ke pagi....selain tu boleh eratkan hubungan kekeluargaan...haha..kan cantik macam tu..satu keluarga amalkan gaya hidup sihat.....

So korang kalo yang nak berdiet tu..kena la amalkan gaya hidup sihat such as..jogging, makan buah buahan, sayur-sayuran yang banyak.,...bukan aku nak kata
ambik vitamin yang ada kat pasaran sekarang nie salah tapi kita kena pandai menjaga kesihatan tubuh badan kita..xdak gunanya kalau kita beli ubat untuk kurus yang beratusan ringgit tapi kita masih macam dulu..tak dak perubahan..tak dak  gunakan????so,,,the solution is kita kena balance jogging dengan cara hidup kita..cara pemakanan kita...baru lah kita akan mendapat kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat......hehe

SELAMAT BERIADAH....BYEEEEE...SALAM




Saturday, November 16, 2013

Bercuti ke Ladang Anggur.....


Assalamualaikum...helllo

Bercuti ke ladang anggur..wow bunyi macam best je kan..hehe..memang best pun sebab boleh makan
buah anggur, apa yang best lagi tu..ladang anggur nie bukan jauh pun, hehe dalam negara jugak ala ladang anggur nie terletak kat Kedah je pun..haha, mesti korang bayangkan dekat oversea kan..kan..
ala Malaysia sekarang pun dah maju, siap boleh ada Ladang anggur lagi..kira ok la kan..



Ok, aku cerita sikit la noh pasai ladang anggur nie..info kat korang la...mana la taw kalo nak jalan2
al maklum lah..skrg nie kan dah start cuti sekolah apa lagi si anak ajak la parents korang jalan..hehe
time nie la korang nak jalan pun..untuk parents yang nak berjimat sikit la kan..boleh la datang ke sini
bukan nak kena kos bnyak pun..


Ladang Anggur nie di usaha kan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH, Merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai 2 ladang anggur yang treltak di pinggir kawasan empagan beris yang mempunyai kelusan 4ekar dengan jumlah tanaman anggur
1000 pokok dan di sungai senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman 7000 pokok.
Objektif utama syarikat nie buat ladang anggur ialah untuk menyahut seruan kerajaan dalam bidang pertanian bagi syarikat korporat dan fokus utama nya ilah untuk menjadikan dearah sik sebuah pusat pelancogan agrotech. Dengan adanya ladang anggur nie dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat selain dari proses pembelajaran pertanian serta cara tanaman pokok
anngur ini. Setiap hari menerima kunjungan dari badan kerajaan, swasta, institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang mana berminat untuk mengetahui cara penaman anggur nie.


Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.
Untuk mengeluarkan hasil tanaman yang baik tanaman anggur nie mengambil masa lebih kurang 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam disini dan untuk dijadikan produk pasaran.

Ladang anngur nie dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 6.30 petang, kalo korang nak tahu ladang anggur nie teletak dekat dengan tasik...pemandangan memang xpayah cakap la sangat lah indah..oh memandangkan sekarang nie cuti sekolah, so mestilah banyak kenduri kawin kan??
untuk korang yang nak buat wedding album tu, kat ladang anggur nie memang sesuai sangat, dengan pemandangan kat tepi tasik memang kena la...


Ok, aku rasa setakat nie je kot aku cerita pasai ladang anggur nie.. nanti aku sambung lagi ok...byee..

 







Friday, November 15, 2013

Jalan -Jalan ke Sungai Sedim..


Assalamualaikum..hai, korang apa khabar?apa cer?hehe..hari nie aku ada lagi ceta nak kongsi dengan korang..tempat nie memang best terutama sekali untuk peminat aktiviti lasak dan aktiviti air.
Tempat yang aku nak cerita nie dekat kawasan Kedah jugak la...al maklum la anak jati Kedah la katakan..hehe..tempat nie ialah Sungai Sedim, Kulim Kedah.

Dah lama sebenar aku nie tak berjalan..kaki aku nie rasa gatal je nak pergi melancong hehe..
tapi nak melancong kemana yea..??yang kos dia murah sikit and dekat hehe..bukan kedekut taw
cuma aku nie tak suka jalan jauh..kalo nak jaalan jauh kena buat preparation sebulan awal..
nie tak hari last week masa cuti weekend aku terasa nak berjalan-jalan..hehe dan biasanya kalo nak melancong kena ada fulus yang banyak kan kan kan ???? tapi macam mana pun aku kena jugak pergi berjalan..bukanya apa nak hilangkan stress kan...selagi xpergi akua syik teringat nak berjalan je!!

Akhirnya, bak kata pepatah melayu "pucuk di cipta ulam mendatang" hehe..en.suami aku nie ada khusus kat Sungai Sedim hujung minggu nie..aku apa lagi kerja nak ikut je la..hahahahahahaha....
yang paling best tu khusus yang suami aku join nie khusus yang kiranya boleh jugak la bawak family untuk relax-relax..ala khusus fotografi hehe...mula-mula 2 suami aku tak tanya pun kat aku nak ikutke tak..hehe tapi dah dalam hati nie dok kira nak berjalan je..aku pun tanpa segan silu menawarkan diri nak ikut..hehe tak malukan??? ala xkisah janji boelh jalan-jalan. Disana khabrnya ada sesuatu yang istimewa terutamanya aktiviti lasak dan sukan air...paling mustahak kosnya tidak terlalu membebankan..hehe aku jangka kan kosnya dalam anggar Rm200 je kot..yela isi minyak kereta dengan makan je kot..haha..jimat kan???nie baru la kata melancong sambil berjimat

Hari yang aku tungu-tunggu dah pun sampai hehe..semanagt aku nie memang berkobar-kobar la..hehe nak jalan-jalan la katakan..





Mai Jalan-jalan kat Pekan Guar Chempedak...


Assalamualaikum.Salam jumaat, selamat beristirehat kepada yang cuti kan..hehehe..
terasa pelik pulak sebab dah lama tak tulis-tulis kat blog nie..hehe ada lagi ke orang yang nak baca cerita blog aku nie..?? tak kisah la nak jugak tulis hehe..

Hari nie mood aku kira bagus la jugak..opss bukan kata sebelum nie ta dak mood..mood tu tetap ada cuma kurang je tak taw la mana hilang nya..tetiba hari nie on komputer terus ada mood nak tulis blog.
Hari nie hari jumaat, aku nak cerita pasal jalan-jalan cari makan kat kawasan Negeri Kedah nie.
Sebut je Negeri Kedah mesti orang akan ingat makanan utama negeri nie iaitu laksa kan????
Korang suka mkn laksa? aku nie kiranya peminat tegar laksa la..hehe..tapi kalo korang nak tahu laksa kat kedah nie kadang-kadang kuah dia dari belut hehe selalu orang buat dari ikan kan..tapi aku penah jugak la terkena mkn laksa kuah belut nie kat area kuala kedah..hehe lepas mkn baru aku tanya dengan tuan kedai..sekali dia cakap kuah nie kuah belut mau terkeluar balik laksa tadi..hahaha..

Hari nie aku nak tulis dengan nak kogsi sikit la pasal pekan Guar, apa tujuan ? Pekan Guar nie terltak di kawasan Gurun Kedah..ala yang dekat dengan gunung jerai tu..hehe korang mesti tahu la kan..
tujuan aku nie nak cerita kat pekan guar nie ada banyak tempat makan yang menarik, best-best sehingga menjilat jari...fuyoooo..memang xrugi la kalo korang try makanan kat sini yang paling penting harga dia mak oii murah sangat.

Sekarang nie kat area tempat korang tinggal selalu hujan tak?kalo kat area sini memang kerap sangat hujan kalo petang je mesti hujan..hehe best sejuk je..kalo la kaorang berkesempatan datang kot area sini aku ada cadangan tempat makan..kalo korang terasa nak mkn cucur udang yang panas-panas digoreng dengan pasembur korang boleh try kat kedai Abg Li cucur udang. Tapi kedai dia nie kat kawasan rumah dia..alaa jangan la risau area rumah dia nie kat kawasan petronas guar je..dekat je..
mak aii kalo cerita pasal cucur udang dia memang kecur air liur hehe..kuah dia yang likat cucur dia yang panas wow!! memang sedap la..meh la try....

Ok cerita seterusnya, Kalo korang nie peminat tegar nasi ayam macam aku nie boleh try nasi ayam kat medan guar..nasi ayam dia memang sedap, aku kalo makan nasi ayam dia mesti bertambah haha
nak taw sebab apa..pertama sebab nasi dia lembut, kedua sebab ayam dia memang sedap, ketiga kuah dia adoiii sedap sangat, yang keempat sebab harga dia murah hanya RM4.00 sahaja..tapi memang berbaloi sebab apa aku kata berbaloi nasi dia banyak ayam dia pun banyak kira kalo korang mkn siap boleh share dgn org lagi btoi aku cakap nie memang sedap..apa2 pun korang kena try sendiri..hehe..selamat mencuba!!

Aku rasa kalo aku nak tulis pasal tempat makan kat Pekan Guar nie memang xkan hbs la..hehe..sebabnya terlalu banyak..tapi kira aku boleh buat SHORT LIST untuk korang la..mana la tahu kalo korang tetiba lalu or tersinggah kawasan nie kan...Antara kawasan kedai makan yang sedap ialah Medan Guar, Nasi lemak Kedai Am ( Depan Kolej Komuniti Jerai ), cucur udang Abg Li, Satay
dan sebagainya...aku rasa la kan Pekan Guar nie boleh digelar sebagai tempat syurga makanan..setuju tak????hehe...

Apa-apa pun selamat mencuba..hehe aku stop dulu la ok..nanti apa-apa aku update lagi ok..
Selamat Beristirehat..assalamualaikum..byeee



Sunday, November 10, 2013

Pengalaman ke Ulu Legong




Buat kali terakhir kah???

Assalamualaikum..hai, hello hari ini saya ada cerita yang nak kogsikan dengan anda  pengalaman saya pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.
Pengalaman yang saya ada ini amatlah bermakna buat saya.Dekat sini saya ada kogsikan sedikit beberapa info mengenai Kolam Panas Ulu Legong..jom kita pakat ramai2 baca...hehehe

LEGONG...OH LEGONG...apa istimewanya legong ?? keistimewaannya adalah disebabkan tawaran harga yang amat murah dan mempunyai tarikan yang tersendiri  . Selain itu jugak, di legong ada pelbagai buah kedai makan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk para tetamu menikmati juadah makanan dari segenap jenis masakan dengan disaji kan dibawah kilauan lampu yang sangat cantik.
Legong juga terkenal dengan suhu kepanasan air kolamnya. Selain itu jugak, kalau korang nak tahu kepanasan suhu air disini akan meningkat naik pada waktu malam pelik kan??? pelik tapi benar apa pun semua nie kejadian Allah. Apa yang menarik nya disini ialah air kolam panas nie boleh mengubati masalah kulit dan sebaginya. 
Nukilan ini saya kongsi kan bersama dengan anda hanya  untuk berkongsi kehebatan dan kelebihan, selain dapat membantu mempromosikan Kolam Air panas Ulu Legong dan menyatakan kebenaran tentang apa keistimewaan di sini. Anda boleh bertanyakan kepada sesiapa yang pernah ke sini..
Setiap malam ada saja kelibat pelancong-pelancong dari pelbagai pelusuk tempat khususnya ke sini samada secara individu atau berkeluarga. Tapi anda harus bijak memilih waktu yang sesuai untuk kesini kerana anda harus ada perancangan yang teratur untuk kesini. Jika tidak anda akan terlepas banyak aktiviti dan benda2 yang harus anda lawati..!!Jangan risau kat sini jugak ada menyediakan penginapan untuk pelancong yang ingin bermalam disini. Tempat untuk perkhemahan jugak disediakan disini cuma perlu bijak memilik masa kalo datang masa cuti sekolah alamatnya takkan ada la tempat untuk pasang khemah..hehe...sorry...

Okey sambung cerita aku, pada minggu lepas saya sekeluarga bersepakat untuk pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.Ya Allah perasaan yang saya rasa amat lah seronok sukar untuk digambarkan dengan kata – kata al maklum lah sapa yang tak seronok kalo pergi berkelah bersama keluarga hehe.

Seperti biasa mama akan sibuk menyiap juadah untuk kami bawa ke sana. Aku pulak tugasnya ialah siapkan barang-barang keperluan lain contohnya seperti tikar, cawan dan sabagainya.Setelah semua persiapan siap dilakukan dan diperiksa oleh puan besar hehe iaitu mama lah kami pun bersiaplah utuk pergi ke destinasi yang dituju..yahooo..hurreee..

Abah adalah pemandu kepada kami pada malam itu.Kami ikut jalan belakang, makna jalan belakang nie jalan yang dekat sikit lah tapi jalan yang kami ikut nie sesuai untuk orang yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sahaja contonya kawasan Kg Belantik, Gulau dan seangkatan dengan nya hehe..untungkan?
Tapi yang xbestnya jalan nie xsiap sepenuhnya lagi tapi boleh la kalo nak lalu jugak sebab bukan semua yang xsiap Cuma ada separuh perjalanan ja yang xsiap lagi hehe alah tak kisah la janji selamat sampai....hati ku ni dok ingat nak terjun dalam kolam air panas 2 ja..hahaha...

Bismillah...semoga perjalanan kami selamat sampai dan balik.Aku dan mama macam biasa la kalo  jumpa asyik dok pot pek pot pek tak behenti..macam-macam cerita yang keluar..opppsss!!! tapi bukan mengumpat taw..tak baik hehe yang en suami aku nie pulak asyik dok bersembang dengan abah pasal kereta ja..langsung aku xpaham adik aku pulak emmm macam biasa la budak-budak zaman IT..asyik dok tengok telefon bimbit dia 2 la...bosan btoi hehe..tapi aku pun mcm 2 jgk dulu sebelum kawin..heheheh...

Eh dah melalut jauh aku nie..nak cerita pasai ulu legong  dok teringat kisah dulu pulak hehe..kami meneruskan perjalanan mengikut arus jalan yang agak  bengkakang bengkok..Ya Allah jalan nie takut sangat sebab apa dah la rumah orang takdak sepanjang jalan lepas tu pulak jalan dia sunyi  sangat langsung tak dak kereta pun yg lalu..adoiii kalo la jadi apa2 kat kami sapa la nak tolong..kalo siang tak pa nie malam pulak tu..dah la lewat dalam sekitar pukul 11 dah tapi tak pa la sebabnya aku ada body guard sendiri haha...

Tiba-tiba dalam kami dok tengah rancang  dok sembang..kalo xsilap aku lagi 15 minit kot  nak smpai legong..kami ternampak sesuatu..hehe..jeng jeng jeng...alamak tiba pulak meremang bulu roma aku nie..hehe...nak tahu ke pa yg aku Nampak??????
Ya Allah seram btoi aku..nak ditulis dengan perkataan pun aku rasa takut ye la nie pegalaman aku yang pertama nampak LEMBAGA nie sapa yg tak takut kan. Apa yang boleh aku gambarkan jantung ku ketika tu memang  berdegup kencang, peluh keluar bersimbah. Tapi aku memberanikan diri untuk mengatasi masalah ku nie..peragai penakut nie..tapi usah disangkal lagi selalunya anak bongsu memang  penakut betul ke??
mula-mula aku sangkakan sampah ataupun batang kayu tapi sebenarnya LEMBAGA yang aku ceritakan tadi ialah "HANTU POCONG" yang kami sekeluarga  nampak terbaring di atas jalan raya semasa kami melalui jalan itu...tapi biasa lah aku nie kepoh sikit kan hehe, aku tanya pulak kat mama ku nampak tak apa yang aku nampak "mama nampak dak apa yg adik nampak tdi?" "diam la adik banyak baca ayat kursi" kata mamaku perasaan tak puas hati nie aku tanya plak dekat pemandu ku hehe iaitu abah la abah pun kata benda yang sama jugak..emmmm hehe aku tahu kali nie mesti aku akan mendapat jawapan..aku tanya pada suami ku la.."daddy nampak x apa yg saya nampak tadi" "emmm nampak apa? xdak apa pun biasa ja gelap ja" jawapan yang mengecewakan..huhu.. aku pun terus diam sampai la ke destinasi niat ku cuma untuk mendapatkan kepastiab apa yang aku nampak tadi je.

Setibanya aku disana aku masih dok pikir apa yg aku nampak tadi btoi ataupun bayagan ilusi aku..hehe kadang-kadang aku nie banyak sangat usik diri sendiri...eh tak lah, hati aku rasa apa yang aku nampak tadi tu betul..arggh!!! biar lah..aku marah pada diri ku sendiri. Tiket sudah pun dibeli..
oh cerita psai tiket nie harga tiket kat sini tak dak lah mahal sangat pada aku biasa lah tu kalau nak murah buat sendiri la kolam panas heehe..lawak ja..harga bagi dewasa RM6.00 kanak-kanak RM3.00 sahaja murah kan???apa yg bestnya sistem kat sini sebelum kita beli tiket kena tunjuk IC telebih dulu kalau xdak IC kena cas RM10.00 untuk bukan rakayat malaysia..so kalau nak ke sana jangan lupa bawak IC penting tu..baru lah dikatakan ada sistematik sikit hehe..

Kami pun masuk ke dalam, undang-undang dia tak lah ketat sangat kalau dah beli tiket tu nanti baca lah dekat belakang tu yea jgn malas baca pulak..hehe..aku nie dah la xsabar nak mndi..masuk je aku xdak cakap banyak benda pertama yang aku buat makan nasi lemak dulu hehe untuk isi perut nanti kalau dah berendam malas nak naik dah..hehe..lepas je makan aku terus  ke kolam nombor 2 kira kolam nie kurang sikit suhu kepanasan dia dari kolam nombor 1. Mula-mula nak masukkan kaki tu mak aiiiiii panasnya..menjerit aku..hehe..tapi nasib baik la my super daddy nie ada cara yang tersendiri..dia la yang ajar aku..
mula-mula masukkan kaki  dulu agak dah boleh tahan panas baru la duduk pulak..oppss bukan duduk dalam air terus taw..nanti mau meneglupur dalam tu hehe..duduk kat tangga kolam dulu, agak dah boleh tahan baru la duduk dalam air paras pinggang..dan seterusnya..nie kira tips yang aku kongsikan bersama anda la.

Aku mandi smapai xingat dunia..siap boleh dok berenang-renang plk dalam 2..hehe biasa la macam lepaskan gian la pulak..org malam yang p 2 lah ramai sangat so ada la privacy sikit kan?
Mnadi punya mandi, aku xsedar yang malam dah semakin larut hehe..ikut hati aku nie nak ja terus mandi xingat nak balik dah..hehe tapi mama dengan abah nak balik dah..ala tak bestnya.kami pun siap dah nak bertolak balik lepas semua dah tukar baju get ready nak balik la..lalalalala huhuhu..
tak mau balik lagi.arrrrghhh...nie lagi satu aku nak kogsi bilik tukar baju dia punya la cantik dan tersusun..bagi aku kira selesa la..dengan banyak bilik mandi dan tandas yang paling penting cermin dia besar hehe..aku nie pantang nampak cermin hehe..

Setelah semuany siap kami pun bertolaak balik..yang aku geram tu abah ikut jgk jalan tadi huhu untuk meghilangkan rasa takut aku apa lagi yang aku buat aku tidur la hahahhaa...selamat aku..
Aku rasa mcam dah banyak sangat aku dok pok pek nie ok la aku harap sikit sebanyak membantu anda untuk pergi melawat ke Kolam Air Panas Ulu Legong yang pasti anda akan merasai sendiri pengalaman yang tak mugkin anda lupakan insyallah..

Assalamualaikum............