Pengenalan
Empagan Gubir dalam erti nama lain disebut (DEM) yang terletak dikawasan sik dan ia tidak asing lagi untuk penduduk sekitar daerah Baling, Padang Terap serta daerah yang berdekatan.
Fungsi empagan gubir ini adalah amat penting kegunaannya untuk tiga buah daerah di kawasan Kedah antaranya ialah daerah Baling, Sik dan Padang Terap.
Ketinggian aras laut empagan ini sekitar 110 m dari aras laut. Empagan ini mempeunyai kepentingan yang tersendiri dan amat berguna sebagai sumber pengairan padi di Negeri Kedah dan Pulau Pinang, malah untuk kegunaan penduduk kedua dua buah negeri tersebut dan juga di dalam sektor perkilangan menggunakan sumber air dari Empagan Gubir untuk kegunaan aktiviti harian mereka.
Keluasan Empagan
Empagan Gubir merupakan salah satu sumber kawasan tadahan hujan utama di Negeri Kedah ini.
105,060 ha.persegi adalah angka keluasan bagi empagan ini dan ia meliputi kawasan berair dan hutan rimba. Selain itu, empagan ini mempunyai 8 jenis sungai yang membekalkan air kepada empagan ini antaranya ialah Sungai Teliang, Sungai Muda, Sungai Laso, Sungai Baho, Sungai Pior dan Sungai Weng. Bagi Sungai Laso dan Sungai Baho, sumber airnya berasal dari negara jiran Malaysia iaitu Negara Thailand.
Empagan Gubir sumber rezeki?
Seramai 40 orang nelayan di kawasan ini menjadikan empagan gubir salah satu tempat punca mata pencarian rezeki mereka.
Selain itu ada sebuah kem askar yang berdekatan dengan empagan gubir, ia dikenali sebagai kem gubir. Kelebihan kem askar ini banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat contohnya,
menyediakan khidmat rawatan kepada orang kampung, memberi bantuan dari segi tenaga dan sebagainya.
Antara
yang menarik perhatian bagi Empangan Muda ialah ianya dihubungkan dengan
Empangan Pedu melalui sebuah terowong seluas lebih kurang 60 kaki.
Terowong ini dikorek sejauh 13 km melalui bukit sepanjang jalanraya dari
Kem Inlet di Empangan Muda ke Kem Outlet di Empangan Pedu. Tujuan utama
terowong ini adalah untuk menyalurkan air dari Empangan Muda ke
Empangan Pedu terutamanya ketika membekalkan perairan kepada petani padi
di bawah kelolaan MADA. Melalui terowong ini juga dapat memudahkan
pergerakan ikan-ikan antara kedua-dua
empangan dan menjamin paras air diantara kedua-dua empangan sama ada pada waktu hujan atau pada waktu kemarau.
Suasana empangan ketika hujan dan kemarau.
Empagan gubir mempunyai dua musim iaitu musim hujan dan kemarau. Perubahan musim ini akan berlaku hanya didalam bulan tertentu sahaja, contohnya didalam sekitar bulan Januari hingga Febuari dan Jun hingga Julai. Pada waktu ini ,
kesemua pokok-pokok yang berada di bahagian tebing akan berjauhan dari
air dan terus hidup seperti biasa.
Selain
dari tumbuhan yang di nyatakan di atas, terdapat juga tumbuhan-tumbuhan
lain yang terdapat di empangan ini. Antaranya juluk, lumut, sarai
adalah merupakan tumbuhan yang berada di dalam air sepanjang tahun.
Kesemua tumbuhan-tumbuhan yang dinyatakan di atas adalah merupakan
pelengkap kepada ekosistem di empangan ini.
Ancaman
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar- benar terasa. Keindahan,
keunikan dan keistimewaan yang disajikan di empangan ini semakin hari
semakin terhakis dan tercalar. Sesungguhnya segala ciptaan Allah amat lah indah dan mempunyai keistimewaan untuk hambanya percemaran yang semakin berleluasa ini Keadaan ini berlaku berpunca dari
segelintir tabiat ‘ pelancung ‘ yang datang ke sini tidak dapat menilai dan
menghargai keistimewaan yang sedia disajikan oleh Allah untuk hambaNya.
Keadaan yang semakin kritikal ini
berpunca dari orang-orang tertentu yang datang untuk turut menikmati
keindahan yang ada, tetapi dalam masa yang sama telah menodai kesucian
yang sedia ada di empangan ini.
Tindakan
tidak bermoral ini berlaku apabila mereka ghairah untuk mendapat hasil
yang berlipat ganda. Mereka sanggup menggunakan ledakan untuk mendapat
ikan-ikan terutamanaya di lubuk-lubuk utama yang memang merupakan ‘port’
bagi semua jenis ikan terutamanya ikan yang sememangnya hampir pupus di
seluruh dunia seperti ikan kelah merah dan tengas. Mereka menggunakan
‘bom’ buatan sendiri yang dibuat
menggunakan
sodium bikarbonat yang boleh menghasilkan letusan dan gegaran yang kuat
kepada semua penghuni sesuatu lubuk dan kawasan sekitar. Letusan yang
kuat ini akan menyebabkan kematian kepada semua penghuni sama ada spesis
yang besar atau yang kecil. Keadaan sedemikian jika sering berlaku akan
menyebabkan kepupusan yang drastik kepada semua jenis ikan.
No comments:
Post a Comment