Sunday, November 10, 2013

Pengalaman ke Ulu Legong




Buat kali terakhir kah???

Assalamualaikum..hai, hello hari ini saya ada cerita yang nak kogsikan dengan anda  pengalaman saya pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.
Pengalaman yang saya ada ini amatlah bermakna buat saya.Dekat sini saya ada kogsikan sedikit beberapa info mengenai Kolam Panas Ulu Legong..jom kita pakat ramai2 baca...hehehe

LEGONG...OH LEGONG...apa istimewanya legong ?? keistimewaannya adalah disebabkan tawaran harga yang amat murah dan mempunyai tarikan yang tersendiri  . Selain itu jugak, di legong ada pelbagai buah kedai makan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk para tetamu menikmati juadah makanan dari segenap jenis masakan dengan disaji kan dibawah kilauan lampu yang sangat cantik.
Legong juga terkenal dengan suhu kepanasan air kolamnya. Selain itu jugak, kalau korang nak tahu kepanasan suhu air disini akan meningkat naik pada waktu malam pelik kan??? pelik tapi benar apa pun semua nie kejadian Allah. Apa yang menarik nya disini ialah air kolam panas nie boleh mengubati masalah kulit dan sebaginya. 
Nukilan ini saya kongsi kan bersama dengan anda hanya  untuk berkongsi kehebatan dan kelebihan, selain dapat membantu mempromosikan Kolam Air panas Ulu Legong dan menyatakan kebenaran tentang apa keistimewaan di sini. Anda boleh bertanyakan kepada sesiapa yang pernah ke sini..
Setiap malam ada saja kelibat pelancong-pelancong dari pelbagai pelusuk tempat khususnya ke sini samada secara individu atau berkeluarga. Tapi anda harus bijak memilih waktu yang sesuai untuk kesini kerana anda harus ada perancangan yang teratur untuk kesini. Jika tidak anda akan terlepas banyak aktiviti dan benda2 yang harus anda lawati..!!Jangan risau kat sini jugak ada menyediakan penginapan untuk pelancong yang ingin bermalam disini. Tempat untuk perkhemahan jugak disediakan disini cuma perlu bijak memilik masa kalo datang masa cuti sekolah alamatnya takkan ada la tempat untuk pasang khemah..hehe...sorry...

Okey sambung cerita aku, pada minggu lepas saya sekeluarga bersepakat untuk pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.Ya Allah perasaan yang saya rasa amat lah seronok sukar untuk digambarkan dengan kata – kata al maklum lah sapa yang tak seronok kalo pergi berkelah bersama keluarga hehe.

Seperti biasa mama akan sibuk menyiap juadah untuk kami bawa ke sana. Aku pulak tugasnya ialah siapkan barang-barang keperluan lain contohnya seperti tikar, cawan dan sabagainya.Setelah semua persiapan siap dilakukan dan diperiksa oleh puan besar hehe iaitu mama lah kami pun bersiaplah utuk pergi ke destinasi yang dituju..yahooo..hurreee..

Abah adalah pemandu kepada kami pada malam itu.Kami ikut jalan belakang, makna jalan belakang nie jalan yang dekat sikit lah tapi jalan yang kami ikut nie sesuai untuk orang yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sahaja contonya kawasan Kg Belantik, Gulau dan seangkatan dengan nya hehe..untungkan?
Tapi yang xbestnya jalan nie xsiap sepenuhnya lagi tapi boleh la kalo nak lalu jugak sebab bukan semua yang xsiap Cuma ada separuh perjalanan ja yang xsiap lagi hehe alah tak kisah la janji selamat sampai....hati ku ni dok ingat nak terjun dalam kolam air panas 2 ja..hahaha...

Bismillah...semoga perjalanan kami selamat sampai dan balik.Aku dan mama macam biasa la kalo  jumpa asyik dok pot pek pot pek tak behenti..macam-macam cerita yang keluar..opppsss!!! tapi bukan mengumpat taw..tak baik hehe yang en suami aku nie pulak asyik dok bersembang dengan abah pasal kereta ja..langsung aku xpaham adik aku pulak emmm macam biasa la budak-budak zaman IT..asyik dok tengok telefon bimbit dia 2 la...bosan btoi hehe..tapi aku pun mcm 2 jgk dulu sebelum kawin..heheheh...

Eh dah melalut jauh aku nie..nak cerita pasai ulu legong  dok teringat kisah dulu pulak hehe..kami meneruskan perjalanan mengikut arus jalan yang agak  bengkakang bengkok..Ya Allah jalan nie takut sangat sebab apa dah la rumah orang takdak sepanjang jalan lepas tu pulak jalan dia sunyi  sangat langsung tak dak kereta pun yg lalu..adoiii kalo la jadi apa2 kat kami sapa la nak tolong..kalo siang tak pa nie malam pulak tu..dah la lewat dalam sekitar pukul 11 dah tapi tak pa la sebabnya aku ada body guard sendiri haha...

Tiba-tiba dalam kami dok tengah rancang  dok sembang..kalo xsilap aku lagi 15 minit kot  nak smpai legong..kami ternampak sesuatu..hehe..jeng jeng jeng...alamak tiba pulak meremang bulu roma aku nie..hehe...nak tahu ke pa yg aku Nampak??????
Ya Allah seram btoi aku..nak ditulis dengan perkataan pun aku rasa takut ye la nie pegalaman aku yang pertama nampak LEMBAGA nie sapa yg tak takut kan. Apa yang boleh aku gambarkan jantung ku ketika tu memang  berdegup kencang, peluh keluar bersimbah. Tapi aku memberanikan diri untuk mengatasi masalah ku nie..peragai penakut nie..tapi usah disangkal lagi selalunya anak bongsu memang  penakut betul ke??
mula-mula aku sangkakan sampah ataupun batang kayu tapi sebenarnya LEMBAGA yang aku ceritakan tadi ialah "HANTU POCONG" yang kami sekeluarga  nampak terbaring di atas jalan raya semasa kami melalui jalan itu...tapi biasa lah aku nie kepoh sikit kan hehe, aku tanya pulak kat mama ku nampak tak apa yang aku nampak "mama nampak dak apa yg adik nampak tdi?" "diam la adik banyak baca ayat kursi" kata mamaku perasaan tak puas hati nie aku tanya plak dekat pemandu ku hehe iaitu abah la abah pun kata benda yang sama jugak..emmmm hehe aku tahu kali nie mesti aku akan mendapat jawapan..aku tanya pada suami ku la.."daddy nampak x apa yg saya nampak tadi" "emmm nampak apa? xdak apa pun biasa ja gelap ja" jawapan yang mengecewakan..huhu.. aku pun terus diam sampai la ke destinasi niat ku cuma untuk mendapatkan kepastiab apa yang aku nampak tadi je.

Setibanya aku disana aku masih dok pikir apa yg aku nampak tadi btoi ataupun bayagan ilusi aku..hehe kadang-kadang aku nie banyak sangat usik diri sendiri...eh tak lah, hati aku rasa apa yang aku nampak tadi tu betul..arggh!!! biar lah..aku marah pada diri ku sendiri. Tiket sudah pun dibeli..
oh cerita psai tiket nie harga tiket kat sini tak dak lah mahal sangat pada aku biasa lah tu kalau nak murah buat sendiri la kolam panas heehe..lawak ja..harga bagi dewasa RM6.00 kanak-kanak RM3.00 sahaja murah kan???apa yg bestnya sistem kat sini sebelum kita beli tiket kena tunjuk IC telebih dulu kalau xdak IC kena cas RM10.00 untuk bukan rakayat malaysia..so kalau nak ke sana jangan lupa bawak IC penting tu..baru lah dikatakan ada sistematik sikit hehe..

Kami pun masuk ke dalam, undang-undang dia tak lah ketat sangat kalau dah beli tiket tu nanti baca lah dekat belakang tu yea jgn malas baca pulak..hehe..aku nie dah la xsabar nak mndi..masuk je aku xdak cakap banyak benda pertama yang aku buat makan nasi lemak dulu hehe untuk isi perut nanti kalau dah berendam malas nak naik dah..hehe..lepas je makan aku terus  ke kolam nombor 2 kira kolam nie kurang sikit suhu kepanasan dia dari kolam nombor 1. Mula-mula nak masukkan kaki tu mak aiiiiii panasnya..menjerit aku..hehe..tapi nasib baik la my super daddy nie ada cara yang tersendiri..dia la yang ajar aku..
mula-mula masukkan kaki  dulu agak dah boleh tahan panas baru la duduk pulak..oppss bukan duduk dalam air terus taw..nanti mau meneglupur dalam tu hehe..duduk kat tangga kolam dulu, agak dah boleh tahan baru la duduk dalam air paras pinggang..dan seterusnya..nie kira tips yang aku kongsikan bersama anda la.

Aku mandi smapai xingat dunia..siap boleh dok berenang-renang plk dalam 2..hehe biasa la macam lepaskan gian la pulak..org malam yang p 2 lah ramai sangat so ada la privacy sikit kan?
Mnadi punya mandi, aku xsedar yang malam dah semakin larut hehe..ikut hati aku nie nak ja terus mandi xingat nak balik dah..hehe tapi mama dengan abah nak balik dah..ala tak bestnya.kami pun siap dah nak bertolak balik lepas semua dah tukar baju get ready nak balik la..lalalalala huhuhu..
tak mau balik lagi.arrrrghhh...nie lagi satu aku nak kogsi bilik tukar baju dia punya la cantik dan tersusun..bagi aku kira selesa la..dengan banyak bilik mandi dan tandas yang paling penting cermin dia besar hehe..aku nie pantang nampak cermin hehe..

Setelah semuany siap kami pun bertolaak balik..yang aku geram tu abah ikut jgk jalan tadi huhu untuk meghilangkan rasa takut aku apa lagi yang aku buat aku tidur la hahahhaa...selamat aku..
Aku rasa mcam dah banyak sangat aku dok pok pek nie ok la aku harap sikit sebanyak membantu anda untuk pergi melawat ke Kolam Air Panas Ulu Legong yang pasti anda akan merasai sendiri pengalaman yang tak mugkin anda lupakan insyallah..

Assalamualaikum............

 

No comments:

Post a Comment