Saturday, November 16, 2013

Bercuti ke Ladang Anggur.....


Assalamualaikum...helllo

Bercuti ke ladang anggur..wow bunyi macam best je kan..hehe..memang best pun sebab boleh makan
buah anggur, apa yang best lagi tu..ladang anggur nie bukan jauh pun, hehe dalam negara jugak ala ladang anggur nie terletak kat Kedah je pun..haha, mesti korang bayangkan dekat oversea kan..kan..
ala Malaysia sekarang pun dah maju, siap boleh ada Ladang anggur lagi..kira ok la kan..



Ok, aku cerita sikit la noh pasai ladang anggur nie..info kat korang la...mana la taw kalo nak jalan2
al maklum lah..skrg nie kan dah start cuti sekolah apa lagi si anak ajak la parents korang jalan..hehe
time nie la korang nak jalan pun..untuk parents yang nak berjimat sikit la kan..boleh la datang ke sini
bukan nak kena kos bnyak pun..


Ladang Anggur nie di usaha kan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH, Merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai 2 ladang anggur yang treltak di pinggir kawasan empagan beris yang mempunyai kelusan 4ekar dengan jumlah tanaman anggur
1000 pokok dan di sungai senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman 7000 pokok.
Objektif utama syarikat nie buat ladang anggur ialah untuk menyahut seruan kerajaan dalam bidang pertanian bagi syarikat korporat dan fokus utama nya ilah untuk menjadikan dearah sik sebuah pusat pelancogan agrotech. Dengan adanya ladang anggur nie dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat selain dari proses pembelajaran pertanian serta cara tanaman pokok
anngur ini. Setiap hari menerima kunjungan dari badan kerajaan, swasta, institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang mana berminat untuk mengetahui cara penaman anggur nie.


Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.
Untuk mengeluarkan hasil tanaman yang baik tanaman anggur nie mengambil masa lebih kurang 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam disini dan untuk dijadikan produk pasaran.

Ladang anngur nie dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 6.30 petang, kalo korang nak tahu ladang anggur nie teletak dekat dengan tasik...pemandangan memang xpayah cakap la sangat lah indah..oh memandangkan sekarang nie cuti sekolah, so mestilah banyak kenduri kawin kan??
untuk korang yang nak buat wedding album tu, kat ladang anggur nie memang sesuai sangat, dengan pemandangan kat tepi tasik memang kena la...


Ok, aku rasa setakat nie je kot aku cerita pasai ladang anggur nie.. nanti aku sambung lagi ok...byee..

 







Friday, November 15, 2013

Jalan -Jalan ke Sungai Sedim..


Assalamualaikum..hai, korang apa khabar?apa cer?hehe..hari nie aku ada lagi ceta nak kongsi dengan korang..tempat nie memang best terutama sekali untuk peminat aktiviti lasak dan aktiviti air.
Tempat yang aku nak cerita nie dekat kawasan Kedah jugak la...al maklum la anak jati Kedah la katakan..hehe..tempat nie ialah Sungai Sedim, Kulim Kedah.

Dah lama sebenar aku nie tak berjalan..kaki aku nie rasa gatal je nak pergi melancong hehe..
tapi nak melancong kemana yea..??yang kos dia murah sikit and dekat hehe..bukan kedekut taw
cuma aku nie tak suka jalan jauh..kalo nak jaalan jauh kena buat preparation sebulan awal..
nie tak hari last week masa cuti weekend aku terasa nak berjalan-jalan..hehe dan biasanya kalo nak melancong kena ada fulus yang banyak kan kan kan ???? tapi macam mana pun aku kena jugak pergi berjalan..bukanya apa nak hilangkan stress kan...selagi xpergi akua syik teringat nak berjalan je!!

Akhirnya, bak kata pepatah melayu "pucuk di cipta ulam mendatang" hehe..en.suami aku nie ada khusus kat Sungai Sedim hujung minggu nie..aku apa lagi kerja nak ikut je la..hahahahahahaha....
yang paling best tu khusus yang suami aku join nie khusus yang kiranya boleh jugak la bawak family untuk relax-relax..ala khusus fotografi hehe...mula-mula 2 suami aku tak tanya pun kat aku nak ikutke tak..hehe tapi dah dalam hati nie dok kira nak berjalan je..aku pun tanpa segan silu menawarkan diri nak ikut..hehe tak malukan??? ala xkisah janji boelh jalan-jalan. Disana khabrnya ada sesuatu yang istimewa terutamanya aktiviti lasak dan sukan air...paling mustahak kosnya tidak terlalu membebankan..hehe aku jangka kan kosnya dalam anggar Rm200 je kot..yela isi minyak kereta dengan makan je kot..haha..jimat kan???nie baru la kata melancong sambil berjimat

Hari yang aku tungu-tunggu dah pun sampai hehe..semanagt aku nie memang berkobar-kobar la..hehe nak jalan-jalan la katakan..





Mai Jalan-jalan kat Pekan Guar Chempedak...


Assalamualaikum.Salam jumaat, selamat beristirehat kepada yang cuti kan..hehehe..
terasa pelik pulak sebab dah lama tak tulis-tulis kat blog nie..hehe ada lagi ke orang yang nak baca cerita blog aku nie..?? tak kisah la nak jugak tulis hehe..

Hari nie mood aku kira bagus la jugak..opss bukan kata sebelum nie ta dak mood..mood tu tetap ada cuma kurang je tak taw la mana hilang nya..tetiba hari nie on komputer terus ada mood nak tulis blog.
Hari nie hari jumaat, aku nak cerita pasal jalan-jalan cari makan kat kawasan Negeri Kedah nie.
Sebut je Negeri Kedah mesti orang akan ingat makanan utama negeri nie iaitu laksa kan????
Korang suka mkn laksa? aku nie kiranya peminat tegar laksa la..hehe..tapi kalo korang nak tahu laksa kat kedah nie kadang-kadang kuah dia dari belut hehe selalu orang buat dari ikan kan..tapi aku penah jugak la terkena mkn laksa kuah belut nie kat area kuala kedah..hehe lepas mkn baru aku tanya dengan tuan kedai..sekali dia cakap kuah nie kuah belut mau terkeluar balik laksa tadi..hahaha..

Hari nie aku nak tulis dengan nak kogsi sikit la pasal pekan Guar, apa tujuan ? Pekan Guar nie terltak di kawasan Gurun Kedah..ala yang dekat dengan gunung jerai tu..hehe korang mesti tahu la kan..
tujuan aku nie nak cerita kat pekan guar nie ada banyak tempat makan yang menarik, best-best sehingga menjilat jari...fuyoooo..memang xrugi la kalo korang try makanan kat sini yang paling penting harga dia mak oii murah sangat.

Sekarang nie kat area tempat korang tinggal selalu hujan tak?kalo kat area sini memang kerap sangat hujan kalo petang je mesti hujan..hehe best sejuk je..kalo la kaorang berkesempatan datang kot area sini aku ada cadangan tempat makan..kalo korang terasa nak mkn cucur udang yang panas-panas digoreng dengan pasembur korang boleh try kat kedai Abg Li cucur udang. Tapi kedai dia nie kat kawasan rumah dia..alaa jangan la risau area rumah dia nie kat kawasan petronas guar je..dekat je..
mak aii kalo cerita pasal cucur udang dia memang kecur air liur hehe..kuah dia yang likat cucur dia yang panas wow!! memang sedap la..meh la try....

Ok cerita seterusnya, Kalo korang nie peminat tegar nasi ayam macam aku nie boleh try nasi ayam kat medan guar..nasi ayam dia memang sedap, aku kalo makan nasi ayam dia mesti bertambah haha
nak taw sebab apa..pertama sebab nasi dia lembut, kedua sebab ayam dia memang sedap, ketiga kuah dia adoiii sedap sangat, yang keempat sebab harga dia murah hanya RM4.00 sahaja..tapi memang berbaloi sebab apa aku kata berbaloi nasi dia banyak ayam dia pun banyak kira kalo korang mkn siap boleh share dgn org lagi btoi aku cakap nie memang sedap..apa2 pun korang kena try sendiri..hehe..selamat mencuba!!

Aku rasa kalo aku nak tulis pasal tempat makan kat Pekan Guar nie memang xkan hbs la..hehe..sebabnya terlalu banyak..tapi kira aku boleh buat SHORT LIST untuk korang la..mana la tahu kalo korang tetiba lalu or tersinggah kawasan nie kan...Antara kawasan kedai makan yang sedap ialah Medan Guar, Nasi lemak Kedai Am ( Depan Kolej Komuniti Jerai ), cucur udang Abg Li, Satay
dan sebagainya...aku rasa la kan Pekan Guar nie boleh digelar sebagai tempat syurga makanan..setuju tak????hehe...

Apa-apa pun selamat mencuba..hehe aku stop dulu la ok..nanti apa-apa aku update lagi ok..
Selamat Beristirehat..assalamualaikum..byeee



Sunday, November 10, 2013

Pengalaman ke Ulu Legong




Buat kali terakhir kah???

Assalamualaikum..hai, hello hari ini saya ada cerita yang nak kogsikan dengan anda  pengalaman saya pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.
Pengalaman yang saya ada ini amatlah bermakna buat saya.Dekat sini saya ada kogsikan sedikit beberapa info mengenai Kolam Panas Ulu Legong..jom kita pakat ramai2 baca...hehehe

LEGONG...OH LEGONG...apa istimewanya legong ?? keistimewaannya adalah disebabkan tawaran harga yang amat murah dan mempunyai tarikan yang tersendiri  . Selain itu jugak, di legong ada pelbagai buah kedai makan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut untuk para tetamu menikmati juadah makanan dari segenap jenis masakan dengan disaji kan dibawah kilauan lampu yang sangat cantik.
Legong juga terkenal dengan suhu kepanasan air kolamnya. Selain itu jugak, kalau korang nak tahu kepanasan suhu air disini akan meningkat naik pada waktu malam pelik kan??? pelik tapi benar apa pun semua nie kejadian Allah. Apa yang menarik nya disini ialah air kolam panas nie boleh mengubati masalah kulit dan sebaginya. 
Nukilan ini saya kongsi kan bersama dengan anda hanya  untuk berkongsi kehebatan dan kelebihan, selain dapat membantu mempromosikan Kolam Air panas Ulu Legong dan menyatakan kebenaran tentang apa keistimewaan di sini. Anda boleh bertanyakan kepada sesiapa yang pernah ke sini..
Setiap malam ada saja kelibat pelancong-pelancong dari pelbagai pelusuk tempat khususnya ke sini samada secara individu atau berkeluarga. Tapi anda harus bijak memilih waktu yang sesuai untuk kesini kerana anda harus ada perancangan yang teratur untuk kesini. Jika tidak anda akan terlepas banyak aktiviti dan benda2 yang harus anda lawati..!!Jangan risau kat sini jugak ada menyediakan penginapan untuk pelancong yang ingin bermalam disini. Tempat untuk perkhemahan jugak disediakan disini cuma perlu bijak memilik masa kalo datang masa cuti sekolah alamatnya takkan ada la tempat untuk pasang khemah..hehe...sorry...

Okey sambung cerita aku, pada minggu lepas saya sekeluarga bersepakat untuk pergi ke Kolam Panas Ulu Legong.Ya Allah perasaan yang saya rasa amat lah seronok sukar untuk digambarkan dengan kata – kata al maklum lah sapa yang tak seronok kalo pergi berkelah bersama keluarga hehe.

Seperti biasa mama akan sibuk menyiap juadah untuk kami bawa ke sana. Aku pulak tugasnya ialah siapkan barang-barang keperluan lain contohnya seperti tikar, cawan dan sabagainya.Setelah semua persiapan siap dilakukan dan diperiksa oleh puan besar hehe iaitu mama lah kami pun bersiaplah utuk pergi ke destinasi yang dituju..yahooo..hurreee..

Abah adalah pemandu kepada kami pada malam itu.Kami ikut jalan belakang, makna jalan belakang nie jalan yang dekat sikit lah tapi jalan yang kami ikut nie sesuai untuk orang yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sahaja contonya kawasan Kg Belantik, Gulau dan seangkatan dengan nya hehe..untungkan?
Tapi yang xbestnya jalan nie xsiap sepenuhnya lagi tapi boleh la kalo nak lalu jugak sebab bukan semua yang xsiap Cuma ada separuh perjalanan ja yang xsiap lagi hehe alah tak kisah la janji selamat sampai....hati ku ni dok ingat nak terjun dalam kolam air panas 2 ja..hahaha...

Bismillah...semoga perjalanan kami selamat sampai dan balik.Aku dan mama macam biasa la kalo  jumpa asyik dok pot pek pot pek tak behenti..macam-macam cerita yang keluar..opppsss!!! tapi bukan mengumpat taw..tak baik hehe yang en suami aku nie pulak asyik dok bersembang dengan abah pasal kereta ja..langsung aku xpaham adik aku pulak emmm macam biasa la budak-budak zaman IT..asyik dok tengok telefon bimbit dia 2 la...bosan btoi hehe..tapi aku pun mcm 2 jgk dulu sebelum kawin..heheheh...

Eh dah melalut jauh aku nie..nak cerita pasai ulu legong  dok teringat kisah dulu pulak hehe..kami meneruskan perjalanan mengikut arus jalan yang agak  bengkakang bengkok..Ya Allah jalan nie takut sangat sebab apa dah la rumah orang takdak sepanjang jalan lepas tu pulak jalan dia sunyi  sangat langsung tak dak kereta pun yg lalu..adoiii kalo la jadi apa2 kat kami sapa la nak tolong..kalo siang tak pa nie malam pulak tu..dah la lewat dalam sekitar pukul 11 dah tapi tak pa la sebabnya aku ada body guard sendiri haha...

Tiba-tiba dalam kami dok tengah rancang  dok sembang..kalo xsilap aku lagi 15 minit kot  nak smpai legong..kami ternampak sesuatu..hehe..jeng jeng jeng...alamak tiba pulak meremang bulu roma aku nie..hehe...nak tahu ke pa yg aku Nampak??????
Ya Allah seram btoi aku..nak ditulis dengan perkataan pun aku rasa takut ye la nie pegalaman aku yang pertama nampak LEMBAGA nie sapa yg tak takut kan. Apa yang boleh aku gambarkan jantung ku ketika tu memang  berdegup kencang, peluh keluar bersimbah. Tapi aku memberanikan diri untuk mengatasi masalah ku nie..peragai penakut nie..tapi usah disangkal lagi selalunya anak bongsu memang  penakut betul ke??
mula-mula aku sangkakan sampah ataupun batang kayu tapi sebenarnya LEMBAGA yang aku ceritakan tadi ialah "HANTU POCONG" yang kami sekeluarga  nampak terbaring di atas jalan raya semasa kami melalui jalan itu...tapi biasa lah aku nie kepoh sikit kan hehe, aku tanya pulak kat mama ku nampak tak apa yang aku nampak "mama nampak dak apa yg adik nampak tdi?" "diam la adik banyak baca ayat kursi" kata mamaku perasaan tak puas hati nie aku tanya plak dekat pemandu ku hehe iaitu abah la abah pun kata benda yang sama jugak..emmmm hehe aku tahu kali nie mesti aku akan mendapat jawapan..aku tanya pada suami ku la.."daddy nampak x apa yg saya nampak tadi" "emmm nampak apa? xdak apa pun biasa ja gelap ja" jawapan yang mengecewakan..huhu.. aku pun terus diam sampai la ke destinasi niat ku cuma untuk mendapatkan kepastiab apa yang aku nampak tadi je.

Setibanya aku disana aku masih dok pikir apa yg aku nampak tadi btoi ataupun bayagan ilusi aku..hehe kadang-kadang aku nie banyak sangat usik diri sendiri...eh tak lah, hati aku rasa apa yang aku nampak tadi tu betul..arggh!!! biar lah..aku marah pada diri ku sendiri. Tiket sudah pun dibeli..
oh cerita psai tiket nie harga tiket kat sini tak dak lah mahal sangat pada aku biasa lah tu kalau nak murah buat sendiri la kolam panas heehe..lawak ja..harga bagi dewasa RM6.00 kanak-kanak RM3.00 sahaja murah kan???apa yg bestnya sistem kat sini sebelum kita beli tiket kena tunjuk IC telebih dulu kalau xdak IC kena cas RM10.00 untuk bukan rakayat malaysia..so kalau nak ke sana jangan lupa bawak IC penting tu..baru lah dikatakan ada sistematik sikit hehe..

Kami pun masuk ke dalam, undang-undang dia tak lah ketat sangat kalau dah beli tiket tu nanti baca lah dekat belakang tu yea jgn malas baca pulak..hehe..aku nie dah la xsabar nak mndi..masuk je aku xdak cakap banyak benda pertama yang aku buat makan nasi lemak dulu hehe untuk isi perut nanti kalau dah berendam malas nak naik dah..hehe..lepas je makan aku terus  ke kolam nombor 2 kira kolam nie kurang sikit suhu kepanasan dia dari kolam nombor 1. Mula-mula nak masukkan kaki tu mak aiiiiii panasnya..menjerit aku..hehe..tapi nasib baik la my super daddy nie ada cara yang tersendiri..dia la yang ajar aku..
mula-mula masukkan kaki  dulu agak dah boleh tahan panas baru la duduk pulak..oppss bukan duduk dalam air terus taw..nanti mau meneglupur dalam tu hehe..duduk kat tangga kolam dulu, agak dah boleh tahan baru la duduk dalam air paras pinggang..dan seterusnya..nie kira tips yang aku kongsikan bersama anda la.

Aku mandi smapai xingat dunia..siap boleh dok berenang-renang plk dalam 2..hehe biasa la macam lepaskan gian la pulak..org malam yang p 2 lah ramai sangat so ada la privacy sikit kan?
Mnadi punya mandi, aku xsedar yang malam dah semakin larut hehe..ikut hati aku nie nak ja terus mandi xingat nak balik dah..hehe tapi mama dengan abah nak balik dah..ala tak bestnya.kami pun siap dah nak bertolak balik lepas semua dah tukar baju get ready nak balik la..lalalalala huhuhu..
tak mau balik lagi.arrrrghhh...nie lagi satu aku nak kogsi bilik tukar baju dia punya la cantik dan tersusun..bagi aku kira selesa la..dengan banyak bilik mandi dan tandas yang paling penting cermin dia besar hehe..aku nie pantang nampak cermin hehe..

Setelah semuany siap kami pun bertolaak balik..yang aku geram tu abah ikut jgk jalan tadi huhu untuk meghilangkan rasa takut aku apa lagi yang aku buat aku tidur la hahahhaa...selamat aku..
Aku rasa mcam dah banyak sangat aku dok pok pek nie ok la aku harap sikit sebanyak membantu anda untuk pergi melawat ke Kolam Air Panas Ulu Legong yang pasti anda akan merasai sendiri pengalaman yang tak mugkin anda lupakan insyallah..

Assalamualaikum............

 

Mai melancong ke Empangan Gubir

Empangan Gubir

Pengenalan
Empagan Gubir dalam erti nama lain disebut (DEM) yang terletak dikawasan sik dan ia tidak asing lagi untuk penduduk sekitar daerah Baling, Padang Terap serta daerah yang berdekatan.
Fungsi empagan gubir ini adalah amat penting kegunaannya untuk tiga buah daerah di kawasan Kedah antaranya ialah daerah Baling, Sik dan Padang Terap.

Ketinggian aras laut empagan ini sekitar 110 m dari aras laut. Empagan ini mempeunyai kepentingan yang tersendiri dan amat  berguna sebagai sumber pengairan padi di Negeri Kedah dan Pulau Pinang, malah untuk kegunaan penduduk kedua dua buah negeri tersebut dan juga di dalam sektor perkilangan menggunakan sumber air dari Empagan Gubir untuk kegunaan aktiviti harian mereka.


Keluasan Empagan
Empagan Gubir merupakan salah satu sumber kawasan tadahan hujan utama di Negeri Kedah ini.
105,060 ha.persegi adalah angka keluasan bagi empagan ini dan ia meliputi kawasan berair dan hutan rimba. Selain itu, empagan ini mempunyai 8 jenis sungai yang membekalkan air kepada empagan ini antaranya ialah Sungai Teliang, Sungai Muda, Sungai Laso, Sungai Baho, Sungai Pior dan Sungai Weng. Bagi Sungai Laso dan Sungai Baho, sumber airnya berasal dari negara jiran Malaysia iaitu Negara Thailand.

Empagan Gubir sumber rezeki?
Seramai 40 orang nelayan di kawasan ini menjadikan empagan gubir salah satu tempat punca mata pencarian rezeki mereka.
Selain itu ada sebuah kem askar yang berdekatan dengan empagan gubir, ia dikenali sebagai kem gubir. Kelebihan kem askar ini banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat contohnya,
menyediakan khidmat rawatan kepada orang kampung, memberi bantuan dari segi tenaga dan sebagainya.

 Antara yang menarik perhatian bagi Empangan Muda ialah ianya dihubungkan dengan Empangan Pedu melalui sebuah terowong seluas lebih kurang 60 kaki. Terowong ini dikorek sejauh 13 km melalui bukit sepanjang jalanraya dari Kem Inlet di Empangan Muda ke Kem Outlet di Empangan Pedu. Tujuan utama terowong ini adalah untuk menyalurkan air dari Empangan Muda ke Empangan Pedu terutamanya ketika membekalkan perairan kepada petani padi di bawah kelolaan MADA. Melalui terowong ini juga dapat memudahkan pergerakan ikan-ikan antara kedua-dua
empangan dan menjamin paras air diantara kedua-dua empangan sama ada pada waktu hujan atau pada waktu kemarau.

 Suasana empangan ketika hujan dan kemarau.
 Empagan gubir mempunyai dua musim iaitu musim hujan dan kemarau. Perubahan musim ini akan berlaku hanya didalam bulan tertentu sahaja, contohnya didalam sekitar bulan Januari hingga Febuari dan Jun hingga Julai. Pada waktu ini , kesemua pokok-pokok yang berada di bahagian tebing akan berjauhan dari air dan terus hidup seperti biasa.
Selain dari tumbuhan yang di nyatakan di atas, terdapat juga tumbuhan-tumbuhan lain yang terdapat di empangan ini. Antaranya juluk, lumut, sarai adalah merupakan tumbuhan yang berada di dalam air sepanjang tahun. Kesemua tumbuhan-tumbuhan yang dinyatakan di atas adalah merupakan pelengkap kepada ekosistem di empangan ini.

 Ancaman
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar- benar terasa. Keindahan, keunikan dan keistimewaan yang disajikan di empangan ini semakin hari semakin terhakis dan tercalar. Sesungguhnya segala ciptaan Allah amat lah indah dan mempunyai keistimewaan untuk hambanya percemaran yang semakin berleluasa ini  Keadaan ini berlaku berpunca dari segelintir tabiat ‘ pelancung ‘ yang datang ke sini tidak dapat menilai dan menghargai keistimewaan yang sedia disajikan oleh Allah untuk hambaNya. Keadaan yang semakin kritikal ini berpunca dari orang-orang tertentu yang datang untuk turut menikmati keindahan yang ada, tetapi dalam masa yang sama telah menodai kesucian yang sedia ada di empangan ini.
Tindakan tidak bermoral ini berlaku apabila mereka ghairah untuk mendapat hasil yang berlipat ganda. Mereka sanggup menggunakan ledakan untuk mendapat ikan-ikan terutamanaya di lubuk-lubuk utama yang memang merupakan ‘port’ bagi semua jenis ikan terutamanya ikan yang sememangnya hampir pupus di seluruh dunia seperti ikan kelah merah dan tengas. Mereka menggunakan ‘bom’ buatan sendiri yang dibuat
menggunakan sodium bikarbonat yang boleh menghasilkan letusan dan gegaran yang kuat kepada semua penghuni sesuatu lubuk dan kawasan sekitar. Letusan yang kuat ini akan menyebabkan kematian kepada semua penghuni sama ada spesis yang besar atau yang kecil. Keadaan sedemikian jika sering berlaku akan menyebabkan kepupusan yang drastik kepada semua jenis ikan.