Saturday, June 21, 2014

Titi Hayun Yan Kedah : Part 1



Assalamualaikum, Hello Semua :-)

Hihi, lamanya tak on blog nie and tak upadate langsung apa2 kat blog nie kan. Ishh2 teruk betul la tuan blog nie. Maaf semuanya, sebab jadual hidup sekarang nie makin sibuk cewaaahhh macam, la ada orang baca blog kau nie jijie oiii..hehe..argghh tak kisah la janji blog nie berupdate jugak dari biarkan sawang penuh kat dalam blog nie hihi.

Dah2, taknak bebel banyak2, hari nie kite nak cita pasal trip holiday aku yihuuu...i know ok, i know dari dulu sampai la sekarang asyik dok menabur janji2 manis ja nak update apa2 cerita kat blog nie tapi hampeh huhu, biasa la manusia kan selalu tak pegang pada janji *aku ke tu* tapi sampai sekarang habuk pun takdak. 

Ok, memandangkan aku tengah free sikit sekarang nie, ada baiknya aku mengabdikan segala memori aku yang indah tu dalam blog nie. Aku nie selalu rasa yang segala memori, akan aku ingat sampai bila2, tapi sebenarnya takdok pun..hihi. Bila lama2 nanti aku lupa jugak hihi. Tak boleh nak harap apa pun, kalo aku nie kira nak ingat semua kenangan memang failed la hehe, indah khabar dari rupa. Bila ada orang tanya pernah pergi tak tempat nie mesti aku akan buat muka *ting tong*, padahal tengah perah otak dok ingat balik hihi..teruk sungguh.

Masa aku nak tulis entry nie pun, aku tengah dok mengagau pikir apa aktiviti aku buat kat titi hayun, pergi pukul berapa..hehe lemah betul memori. ish ish.

Cakap pasal Titi Hayun nie, ramai jugak member tanya kenapa yang nak sangat pergi Titi hayun? kenapa tak pergi holiday jauh2 sikit macam pangkor ke sabah atau tempat2 yang lagi best la. Hihi, punca dan sebab utama aku nak pergi Titi hayun nie sebab dekat dengan area rumah aku, bajet tak banyak haha penting tu, dan ada lagi yang paling penting sebab nya aku tak pernah lagi pergi Titi Hayun hahaha walaupun dekat sangat dengan rumah sewa aku. haha teruk kan.

So, kitaorang decide untuk school holiday yang 2 weeks nanti boleh pergi Titi Hayun and camping kat sana sambil boleh mandi air terjun puas2. Sebagai parents nie kena la buat bajet, persiapan semua la nak pergi sana agak2 bila school break nanti dah boleh terus gerak takut nanti tapak nak camping tu penuh plak kang tak pasal2 kena cancel semua plan. Haha.

Ok, langkah pertama mesti la kena beli khemah dulu kan, dah nama pun nak camping kalo xde khemah nak camping dengan apa. So, suami aku pun pergi beli khemah kat tesco je, nak dikatakan rezeki time beli khemah tu ada sale plak, Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. khemah tu boleh muat untuk 6 orang tidur. harga dia baru RM90.00. Murah kan???. 

Alhamdulillah, semua persiapan camping dah lengkap dan berangkat la kami keesokan harinya ke Titi Hayun. Perjalanan aku ke Titi Hayun nie ambil masa lebih kurang setengah jam jugak la dari rumah, kebetulan hari date camping kitaorang pilih tu hari jumaat, so kena bertolak after suami solat jumaat dulu la. Hihi.

Ok, masa sampai je kat Titi Hayun tu, hati aku nie dah berdebar2 dah dok pikir, ada lagi tak tapak khemah nie, sebab lewat kan takut full plak nanti, dah la dengan cuti sekolah tapi husband cakap tak pe kita pergi dulu kalo penuh nanti ambik bilik hehe. Sampai2 je kat Titi Hayun, tengok ramai sangat orang sampai parking penuh. Dengan bas pun banyak, motor pun belambak kot tepi2 jalan, kereta lagi la banyak sampai husband kena pusing 2 3 kali nak cari parking kosong. Alhamdulillah turn 3 kitaorang dapat parking, tu pun parking kecik je agak2 muat dengan keta kami je, hihi nasib bawak keta kecik. So, aku suggest kan kat korang kalo nak pergi tempat2 macam tu bawak keta kecik2 je, boleh selit2 je masa nak parking hihi.

Dah, dapat parking semua, kami bawak turun barang siap2. Tak pergi tengok lagi tapak khemah ada ke tak hehe, tapi barang dah siap bawak nie. Apa cite nie??? Sampai je tapak khemah, tiba2 pelik sekajap, hihi takde satu pun khemah hihi. Pelik tapi benar. Cakap dekat husband kat sini boleh ke khemah? ke diorang sewa kan tapak nie untuk sekolah or "U" buat camping kot.?? "Baru nak pikir yang dekat rumah tadi taknak pikir haha".  

Nasib la ada singboard kat situ ada No.tel D'Yan Challet, so Kitaorang cepat2 la call. takut jugak nie, masa nak call takut diorang tak izin khemah kat situ la. Haha, memang dah aku agak mula2 aku call cakap nak khemah kat situ reseption dia siap tanya lagi date nak khemah, berapa orang, and dari sekolah mana haha. "Ini bukan sekolah maaa ini sendiri maaa hihi". Kalau tak silap aku reseption tu nama dia En. Azmi kot hihi. Mula2 agak berat jugak la dia nak lepas kitaorang camping dekat situ Sebab selalunya diorang akan izin kan buat camping untuk budak2 sekolah je dan sewa satu tapak khemah dengan harga RM100 sekali dengan peralatan khemah. Hihi, apa lagi aku pujuk punya pujuk dengan En. Azmi tu, lepas bincang dengan dia elok2, lepas tolak tambah bahagi darab semua nya, lastly dia izinkan kan jugak kami camping dekat situ yahooooo..dengan syarat hanya satu khemah je..

Tanpa buang masa, lepas je off fon tu, kami terus pasang khemah and prepare barang nak camping la sebab takut nanti malam tak nampak plak. Kedabak kedebuk siap semua barang dah ready. Apa lagi masa yang ditunggu nak mandi air terjun hahaha. Air kat Titi hayun sejuk sangat2, best2 sangat. lepas mandi kitaorang makan nasi atas batu..perrrhh layan kot hihi.

Sebenarnya ini adalah entry pengenalan, banyak lagi cerita menarik yang berlaku masa camping tu. tak sabar nak kogsi dengan korang semua. haha tapi macam biasa la kena tu part 2 nanti ok, aku akan share lagi banyak moment dengan korang semua.

Excited tak korang ??? please kata ye, jangan bagi aku malu sorang :-*). Btw, jangan lupa tunggu sambungan entry nie ok. Sampai kita bersua lagi :-)

Thank you for reading this entry !!!

Bye korang, Assalamualaikum.






Saturday, January 18, 2014

Layan sunset


Assalamualaikum..

Hye, perasan tak sesuatu yang pelik, macam rajin je sekarang nie up date entry :-)

Sebenarnya, entry nie dah lama dah buat cuma dok peram je bagi dia betul masak, macam buah jugak la kalo lagi lama peram bila dah betul2 masak baru sedap nak ngap hehe...

Kali nie nak share sikit tempat yang best nak layan sunset hehe, layan sunset petang2 kat tepi pantai perrrhhh memang best la oiii sambil makan aiskrim hehe.. dengan keropok lekor nyam2 sedap sungguh aihh 

Weekend last week, jie dengan husband nie boring dok rumah so kitaorang plan nak g jalan2 tapi tak tahu nak g jalan mana, so husband punya planning la nie nak p tengok sunset, lepas kami solat asar siap semua baru la gerak g pantai murni hehe..agak2 dalam kul 5.30 macam tu la xde la lewat and ter awal sangat kan..

Semangat jugak la nak p tengok sunset hari tu harap2 orang xlah ramai sanagt kat pantai tu, memang dah plan dengan husband kalo g time tu orang pun tak ramai so, parking mesti ada haha..motif takut g lambat xde parking hehe.

Samapi2 je mak aiii terkejut eden orang, orang dah ramai sanagt time tu. Agak2 la diorang  nie datang kul wapa la..kalo time jie sampai tu dalam kul 5.45 diorang mesti lagi awal dari tu tapi kebetulan je kot sebab hari tu weekend sebab tu la kot orang ramai.


Sebab parking dah penuh sangat smpai kat tepi2 jalan pun orang parking hehe




Tengok la cantik sangat time nie sunset dah nak turun, bila sekali tengok betul2 rasa betapa hebatnya ciptaan allah begitu indah dan cantik sangat semua yang dicipta oleh nya Subhanallah...Allah maha kaya



Matahari yang hampir tengelam....


Muka excited sebab boleh tengok sunset hehe...

Ok la, tu je saja nak share kalo korang petang2 boring tak taw nak buat apa kat rumah tu boleh la p layan sunset kat panati murni sambil makan asikrim best jugak hehe...

Ok bye jaga diri,...tata..